Wednesday, September 27, 2006

keinginan...

kau seorang lelaki berjiwa baqa yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan. kau idola pujaan kerana seorang lelaki yang sedia menerima segala teguran. kau aku puja kujunjung setinggi langit kerana kau lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun. kau biar kubelai hilang amarah selalu kerana kau lelaki tenang dan lapang dada. kau tak putus aku kucup manja kerana kau seorang lelaki yang baik sangka. kau akan terus tersemat dalam sanubari sebagai bidadara kerana kau lelaki yang tak pernah putus asa........

segalanya menjadi satu lembar keinginan menyatu jati di ruang tabir hidupku......

aku akan kehilangan kau tapi aku ingin menjadi seorang perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. aku akan rasa sangat papa dan tandus tanpa kau tapi aku ingin jadi perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. aku akan jering perih memulas kesakitan tanpa kau tapi aku ingin jadi seorang perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan. aku merasa terdampar hampa kerana tiada tempat mengadu tapi aku ingin jadi seorang perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.......


as it always happens, the inspiration came amidst the chatter and stories of love and friendship among a bunch of very *anggukangguk* nice and chummy people i met today for powwster's surprise *whichwasnotreallyonehehe* burstday party.
there was mar and hubby, poww and prince harry, sham and the boys and last but not least neneng!!! :) pokok kata there was love all around. stories about frustation hubby didn't want to hear about work vents *lol* a pledge from a sweet child who didn't want to marry to take care of mama dearest :) the lost stories of yesteryear about trips to the clinic :D quiet yearnings of lost time whispered hushes of apologies and tiny vibrations of divine inspiration keeping itself underwraps just so that it will soon birth nothing short of miracles! *phew*

all in all...my heart goes to my collective muses for tonight. till we meet again again and again.....

stay sane,
amyemeelea

No comments: